
MAHKOTA GANNA
PENGENALAN
Dalam kehidupan bermasyarakat, manusia tidak dapat lari daripada aktiviti berkomunikasi setiap hari sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Penggunaan kata ganti nama membolehkan masyarakat berkomunikasi dengan lebih berkesan tanpa mewujudkan kecelaruan siapa penutur dan siapa pendengar dalam sesuatu perbualan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek bahasa Melayu khasnya di sekolah, penggunaan kata ganti nama menjadi satu elemen yang penting dalam berkomunikasi. Satu kajian oleh Zulkifley dan Naidatul Zamrizam (2013) pula membincangkan aspek penggunaan kata ganti nama diri dalam kalangan murid pelbagai etnik di sekolah kebangsaan. Mereka mendapati walaupun kata ganti nama telah diajar secara formal di sekolah, namun masih terdapat masalah dalam penggunaan kata ganti nama dari perspektif kesantunan berbahasa. Hasil pengamatan beliau, banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa yang kurang arif tentang kata ganti nama dalam bahasa Melayu. Justeru, satu projek inovasi telah dirancang dan dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut.
FASA 1: KENAL PASTI MASALAH
Pada fasa ini, kumpulan kami perlu mengenal pasti isu atau masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pengajaran bahasa Melayu. Oleh itu, kaedah soal selidik dan analisis dokumen telah dilaksanakan untuk mengemukakan isu yang sesuai dijadikan sebagai pencetus inovasi digital. Untuk menentukan fokus kajian kami, kumpulan kami telah menghasilkan satu soal selidik yang berbentuk Google Forms. Soal selidik tersebut telah diedarkan kepada golongan guru pelatih, guru dan pensyarah.
Inovasi Mahkota Ganna ini dihasilkan berdasarkan beberapa masalah yang dapat dikenal pasti sewaktu menjalani Praktikum Fasa 1. Antara masalah yang timbul adalah apabila terdapat segelintir besar murid dari tahun tiga yang masih tidak dapat menguasai penggunaan kata ganti nama diri satu, dua dan tiga dengan betul. Masalah ini perlu ditangani dari awal kerana dikhuatiri murid-murid menggunakan kata ganti nama yang salah.
FASA 2: MENJANA IDEA
pada peringkat ini, kaedah sumbang saran dan perbincangan. Kami telah menggunakan aplikasi seperti Whatsapp, Telegram dan Padlet sebagai platform untuk berkomunikasi dan berbincang antara ahli kumpulan. walaupun begitu, perbincangan secara bersemuka turut berlangsung bagi melancarkan lagi proses perbincangan dan cetusan idea dalam penghasilan inovasi. Selain daripada perbincanga, kami juga telah membuat pelbagai rujukan supaya isi pembelajaran yang ingin disampaikan selari dengan kehendak Standard Kurikulum yang disediakan. antaranya seperti Dokumen Standard Sekolah Rendah (DSKP), buku-buku ilmiah berkenaan tatabahasa Kata Ganti Nama. Berikut merupakan gambar-gambar ketika aktiviti perbincangan dan sumbang saran dijalankan dalam proses penjanaan idea.
![]() | ![]() |
---|

FASA 3: PENGHASILAN INOVASI DIGITAL
Pada peringkat ini, Setiap daripada kami membuat draf dan lakaran untuk mendapat gambaran tentang inovasi yang hendak dibangunkan. Setelah itu, inovasi digital sudah mula dibangunkan. Uji lari sering dilakukan terhadap projek yang dihasilkan untuk menguji kemenjadian projek dan sekaligus dapat menambah baik projek dari masa ke masa. setiap dari ahli kumpulan kami akan membuat uji lari dimana Shafikah akan menguji kelancaran penggunaan buku digital, Afiqah pula akan menghasilkan video pembelajaran dan Fadzlan pula akan menguji permainan tersebut supaya tiada kesalahan kecil dan lancar serta mesra pengguna. ini merupakan gambaran awal tentang bahan yang dihasilkan oleh alat digital.
FASA 4: PENGUJIAN OLEH PENGGUNA
Pada peringkat ini, pengujian telah dijalankan kepada murid-murid supaya melihat kelancaran penggunaan teknologi serta kemesrapenggunaannya. mereka telah mencuba menggunakan projek ini secara kumpulan dan individu. Pada peringkat ini juga kami telah mengambil maklum balas oleh pengguna tentang kesesuaian bahan dan reka bentuk projek serta faktor mesra pengguna. hal ini amat penting supaya penambahbaikan dan cadangan yang lebih baik dapat dipertimbangkan untuk menghasilkan produk yang lebih baik.
![]() | ![]() | ![]() |
---|
FASA 5: PENJENAMAAN
selesai pelaksanaan pengujian dan penambahbaikan, kami telah tiba pada fasa terakhir iaitu penjenamaan. Pada peringkat ini, kami merujuk kepada penyediaan produk inovasi untuk dikomersialkan. disini kami telah cuba mengkomersialkan projek inovasi kami dengan membuat akaun laman sosial Instagram Mahkota Ganna dan mempromosikan produk kami di laman sosial peribadi di Whatsapp supaya produk kami diketahui umum dan menarik perhatian pengguna-pengguna untuk mendapatkan produk kami. selain itu juga, perancangan hak cipta produk juga bakal dipertimbangkan supaya tiada peniruan atau mengambil hasil inovasi tanpa kebenaran. selain itu, perancangan pempromosian inovasi kami dalam tempoh yang terdekat adalah melalui Pameran Hari Inovasi yang bakal dilaksanakan dalam suatu tempoh yang terdekat.