
PERMAINAN DIGITAL
MANUAL PENGGUNAAN PERMAINAN DIGITAL
Permainan digital ini dihasilkan menggunakan aplikasi Metaverse. Metaverse merupakan laman sesawang yang digunakan atas talian untuk pengguna menghasilkan satu permainan interaksi yang dimainkan secara individu. Permainan ini merupakan kesinambungan kepada aktiviti pembelajaran dengan mengaplikasikan kefahaman dalam bentuk permainan interaksi. Metaverse memberikan satu solusi untuk pengguna menggunakan blok dan latar untuk dipindahkan berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pengguna. Terdapat pelbagai pilihan blok untuk digunakan untuk interaksi contoh pilihan jawapan, tetapan masa menjawab, argumented reality (AR).

LANGKAH 1
Muat turun aplikasi Metaverse di Android Playstore
​
#aplikasi Metaverse hanya terdapat melalui Playstore Android sahaja. tidak terdapat di laman sesawang atau iOS
LANGKAH 2
Imbas QR kod seperti gambar disebelah atau tekan butang "Lihat"


LANGKAH 3
Setelah muat turun aplikasi Metaverse, tekan pada butang Mari Bermain
LANGKAH 4
Kemudian, pilih senjata untuk bermain


LANGKAH 5
Jawab soalan yang diberikan. Pilih jawapan yang diberikan berdasarkan soalan.
LANGKAH 6
Jawapan yang betul akan membawa anda ke soalan yang berikutnya.


LANGKAH 7
Jawapan yang salah akan menyebabkan anda perlu mengulang semula soalan.

LANGKAH 8
Apabila selesai menjawab sampai ke peringkat akhir, pemain perlu menjawab soalan terakhir dan akan pergi kepada latar akhir iaitu fasa kemenangan dan memberikan nama pemain.